15 December 2011

#LaguTema Ombak Rindu - Touching "_"


Hafiz & Adira - Ombak Rindu

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

LoVe ElyN =)

09 December 2011

Mengidam Nak Makan Meatball. Ngeeee :D

Assalamualaikum semua. Dah lame tak hapdet belog. Kejap ade kejap takde. Dah macam biskut kan? Takpelah, walaupun kejap update kejap tak update, belog kesayangan nie akan still aktif macam selalu. Lagipun bukannye ade orang yang nak bace. #sentap hahaha #tetibe

Okaylah, Tadi kemain merayu-rayu mintak boypren belikan Meatball. Sebabnye dah teringin sangat nak makan. Maklumlah, dah lame tak melepakkan diri ke Ikea sane tu haaa. Kalau pergi Ikea tak sah kalau tak makan Meatball. *sape suruh ajar haku makan ni kan da terkenan!* eh! hahahaha.

Disebabkan hari nie hari kerja, so tak dapat lah nak pergi makan Meatball kat Ikea. Nasiblah Opis boypren dekat-dekat je dengan area situ, bolehlah singgah beli. Upenye Meatball tak boleh nak bungkus erk? Sian boypren susah payah cari tapawe nak bungkus. Huhuhu. Waaaaaaah! Terharu weeeeehhhhh! #nanges. Nanti bile-bile nak pergi lepak sane lah. Boleh cuci-cuci mata. Ngeeeee  :D

LoVe ElyN =)

01 December 2011

Ombak Rindu ♥

Assalamualaikum semua. Rata-rata ramai orang bercakap pasal Ombak Rindu. Dulu hanya cerita dari sebuah Novel. Sekarang dah buat Filem. Dah macam cerita Nora Elena la pulak kan? Bezanya Nora Elena dalam Drama. Kalau buat Filem mesti Box Office. Sebab ramai sangat yang suke tengok drama tu termasuklah saye. Memang memainkan perasaan wanita sekarang. Huhuhu.


Dulu zaman-zaman sekolah dah bace dah novel Ombak Rindu nie. Tapi dah lupe jalan cerita die. Hahaha. Sob sob sob. Tapi bile bace sinopsis Ombak Rindu baru ingat cerita die. Tu pun samar-samar. Hehehe. Kalau nak ingat balik kene bace semula la kan. Tapi novel nie memang letop!. Sangat best. Nie dah buat Filem mesti lagi letop kan? Lagi-lagi ade abang Aaron Aziz. #tetibe

Rase tak sabar pulak nak tengok cerita nie. Excitednye kemain!. *Macam ade muke haku je kat dalam filem tu kan* Hahaha. Bukan saye saje yang excited okeh!. Tu haaa. Kat FB semua post pasal Ombak Rindu. Dah demam Ombak Rindu melanda.

Sinopsis Filem Ombak Rindu.

Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudaranya sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya Taha, Mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa yang sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Si situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, (Lisa Surihani) Anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanah air mengugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakan rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenar?

Jom tengok Official Trailer Ombak Rindu.

Amacam? Best tak? *angkat-angkat kening*

LoVe ElyN =)

30 November 2011

Happy Birthday To Me. (besday gurl). (^_^)

Assalamualaikum semua. Sebelom tu saye nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1433M. Selamat Membuka lembaran baru di tahun baru ini. Semoge kite sume lebih diberkati olehNYA. Bermula dengan azam baru. Tutup buku lama, buka buku baru yea kawan-kawan.

Hari nie genap umur saye 22 tahun. (kata bos tahun nie dah bole mengundi) -.-" hahaha. Umur dah meningkat dah. Tak bole nak berperangai macam budak-budak lagi. Kene matang lepas nie.*anak bongsu memang cenggini. susah nak matang. huhuhu* 

Hari nie saye happy sangat sebab dapat sambut hari kelahiran dengan kakak-kakak n abang-abang opis. Rase lagi terharu bile ade orang hantar kek ke opis. Terkejut saye kat kaunter tadi. Kakak opis datang-datang hantar kek depan saye. Katenye ade orang kirim. Hati saye terdetik nie mesti keje boypren.
Terima kasih yea sebab bagi suprise hantarkan kek nie. Terharu sangat dapat sambut besday sambil nyanyi-nyanyi ramai-ramai. Ini kenangan yang indah buat saye. Terima kasih banyak-banyak. Menggigil tangan nie potong kek tadi. Huhuhu.
 Alamak! terblur plak gambar. Huhuhu. Makan kek sambil disuapkan oleh kakak opis. Sukenyer shaye. 
Saye berdoa agar saye dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Buangkan sifat yang suke merajuk tu jauh-jauh. Banyakkan bersabar dan jangan tinggal solat. Okeh. Tu je. Eh! Tak tak tak. Ade lagi. Hehehe. Akhir sekali, Semoga dipercepatkan jodoh. Aminnnnn44x kehkehkeh :D


Tau ape saye dapat besday tahun nie? Jeng jeng jeng !!!
Handbeg dari abang ipar. Dapat seminggu lepas time tu jalan kat Sogo. Huhuhu.
 Dan ini. Belom tahu lagi ape isi die. Hehehe. Tahu-tahu dah ade atas meja. Kakak yang suapkan saye kek kat atas tu yang bagi. #terharu #nanges T__T
Dan akhir sekali. Berkenan punye pasal dengan seliper nie. Akak opis pun dengan baik hati bagi seliper ni kat saye. Waaaaah! Maceh3x kak zai. Hehehe :P

LoVe ElyN =)

22 November 2011

Beribu Sesalan (-__-)




Beribu Sesalan - 3 Suara Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila


Ku susuri malam ini

Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri


Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

**Kekasihku di jalanan yang berliku

Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi

Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku

Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi

Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji

Dimungkiri 
Dimungkiri

Sia-sia ku

Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku

Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku

Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku

Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Beribu sesalanku

*Gambar takde kene mengene pun. Saje nak tayang mata baru. Bole?

LoVe ElyN =)

15 November 2011

Selamat Pengantin Baru My beloved Sister! ♥

Assalamualaikum semua.

Hai Uols!. Rase macam dah lame tak hapdet belog nie. Dah bersawang-sawang dah! Nampak tak? Nampak tak? Hehe. Takpelah. Rase macam tak rajin nak hapdet. Mood nak menulis kejap datang kejap tak. Kalau saye rajin saye hapdet okay!

Ni nak bercerita pasal Wedding My Sister. Dah kawen dah die hoi!. Sedih plak rase hati nie. Yelah, Die lah tempat mengadu, bergaduh, bertekak, bercerita. Sekarang nie dah takde dah. Huhuhu. Sob sob sob. Nie lah rugi kalau adik beradik tak ramai. Kakak dah kawen terus takde kawan nak buat bantal pelok lagi dah. Huwaaaa! Sedih!.

My sis pilih tarikh menarik 11.11.11. Semua dah tau kan tarikh tu memang ramai sangat orang kawen. Alhamdulillah, Semuanye berjalan dengan lancar. Walaupun ade jugak kelam-kabutnye. Biaselah tu kan. Semuanya dapat diselesaikan. 

Malam sebelum nikah. Khamis malam jumaat. Kiteorang penat menunggu orang datang pakaikan inai sampai pukul 2.30 pagi. Sepupu pun menunggu sebab excited nak pakai inai. Memang sakit menahan mata. Tapi takpe. Kami semua sangat berpuas hati. Lagi-lagi inai bakal pengantin. Gile cantek. *Ni inai tangan saye, tangan pengantin lupe nak tangkap. Hehehe*
Gambar nie selepas majlis akad nikah. Para tetamu semua dah lepas makan baru dapat tangkap berdua dengan kakak. *ehem! kakak memang bantut sikit dari saye. Opssss!* 
Keesokan hari ade photoshoot pulak. Ade 3 baju persalinan kakak kene pakai untuk amik gambar. Dan 3 hari berturut-turut jugak lah muke kakak kene tepek bedak tebal. Hehehe. Gambar di atas nie salah 1 nye. 

Baju first Baju Minang. Harus ade baju minang sebab kami keturunan MINANG! Opsssss! #terbagitahupulak Second kakak pakai Baju Kelantan. Sebab #lakidia asal dari KELANTAN. Dan yang terakhir sekali BAJU DRESS. Actually kakak nak Baju Jepun. tapi baju jepun tu besar. Tak cantik orang badan cinonet nie pakai. Eh!. Dress pun dress lah. Baju nie yang paling cantik Okay!. Tak caye?? Okay. Nahh tengok full dress kat bawah nie.
Cantek kan? ermmm. okaylah. -.-"
Sorylah gambar kat atas tak berape nak jelas. Tangkap pakai camera handphone je pun. Gambar dalam cemera semua kat laptop kat umah. Tak teringat pulak nak amik untuk copy. Takpelah. Gambar nie pengantin dah selesai sanding. Sekarang makan beradap pulak. Lepas diorang makan sepupu-sepupu semua curik makanan kat meja pengantin letak kat meja kiteorang. Ayam Panggang + Udang Galah habis kiteorang bedal. hahahaha!

Dah lah, korang tatap jelah gambar kat bawah nie. Saye copy dari FB photographer kakak. Gambar yang selebihnye tunggu kakak yang upload sendiri. Hehe.
 

LoVe ElyN =)

08 November 2011

Suke tengok video-video dari #matluthfi

Assalamualaikum semua.

Dah lame saye tak hapdet belog kan? Hehe. Saje je menyembunyikan diri. Sebab banyak masalah yang berlaku sekarang nie. Sebelom terlambat saye nak ucapkan Selamat Hari Raye Aidiladha kepada semua. Maaf jika ada salah silap. Amacam raye haji tahun nie? Okey? Saye? Okey-okey saje. Biase lah, time raye memang kene lepak umah atok 2-3 hari baru balik rumah.

Tadi saye ade ternampak 1 video ni dari fb kawan saye. Dulu saye suke jugak tengok #matlutfi ni. Student di oversea. Pekat gilak cakap kedah. Sempoi je die dengan lawak bodoh die tu. Naaaahhh! Tengok lah. Saye tampal 2 video yang saye suke sangat!


Nie lagi 1 yang kelakar. Tengok pun takkan bosan. 



LoVe ElyN =)

29 October 2011

Real Steel - Best!

Assalamualaikum semua. Korang dah tengok Real Steel? Saye dah tengok dah. Siyes best!. Saye tengok hari tu waktu sambut besday boypren seminggu selepas ditayangkan.  Tak sangka penuh 1 panggung. Ramai kawan-kawan yang suggestkan tengok cerita nie sebenarnya. So saye ajaklah die tengok cerita ni. Tak sangka memang best!. Tak caye? Naaaaaaahhh! Tengok Trailer kat bawah nie dulu okay. =P



Best kan? Saye tengok cerita ni hari rabu hari tu. Konon-konon tengok hari rabu dapat murahlah kan. Terkejut beruk bile die cakap 2 tiket RM28. Ngaaaaaa! Name pun cite Box Office. Padanlah.

Ahad nie saye kene pegi ke Johor untuk pogram Hari Potensi Kebangsaan 2011. Mane-mane budak Tabika yang menang bertanding dalam Hari Potensi KEMAS Selangor hari tu bertanding semula untuk wakil Negeri Selangor. 5 hari dekat sane kene jage booth. Alamatnye seminggulah tak jumpe dengan boypren. Huhuhu. Sedih!. ("__")

LoVe ElyN =)

28 October 2011

Mate Sakitttt!

Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Hari ini dah hari jumaat kan. Kejap rasenya masa nie berlalu. Kite dah nak sampai hujung tahun. Next mounth dah November. Nak dekat dah dengan besday saye. Hari tu kemain cite pasal besday orang. Besday sendiri ape ke rupe lah nanti. Hoho.

Kebelakangan nie saye sering rase sakit mate. Mulanye rase sakit sebelah kanan. Sekarang berjangkit pulak sebelah kiri. Dah la sakit. Jadi ketumbit pulak. Kantoi mengintai mamat-mamat ensem kat tingkap nie. *mamatensemlahsangat* HaisshhhhH! Tekanan betol bile sakit mate nie. Dah la rase berdenyut-denyut. Mule lah kepala jadi pening. 

 Gambar hari ini.
Gambar semalam.
Dah makin susut ke tak erkkk? Mate nie rase denyut-denyut jek. Hadoiiii!

LoVe ElyN =)

25 October 2011

Dah Makin Besar Dah Twins Nie. Sesekali jumpe, Chumil!

Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Mood hari nie nak mengadap PC. Nak online saje. Bosan online, buat keje. Bosan buat keje, online balik. Tak pun kacau kawan-kawan yang ade BBM. Manjang pegang handphone je dari semalam. Maklumlah, dah pakai beri-beri. Opssss!. Hehehe.

Esok kite semua cutikan? Nak pegi mane yek? *buat-buat tanye pulak* Hehehe. Esok seharian nak berjalan. Suke suke suke! Berjalan lah sangatkan! Padahal nak hantar kad je pun. Eh! Berjalan lah jugak sebab nak pegi hantar kat kawen kakak ke Nogori Sombilan pulok!

Minggu lepas sampai minggu nie family saye sibuk lah sikit nak ke sane ke sini sebab nak edarkan kad kawen kakak saye tinggal beberape hari saje lagi nie. Debo plak saye. Aihhh! Takde lah sesibuk mane sebab buat dekat dewan je pun.

Ahad lepas saye n family pegi kenduri kawen. Sambil-sambil tu tukar-tukar lah kad kawen. Ramai pulak yang nak kawen hujung-hujung tahun nie. Ade lah sampai 3-4 jemputan yang kiteorang dah terime. Pergh! Nasib tak tertindih dengan tarikh kakak nanti.

Balik dari kenduri, singgah rumah mak sedare plak. Dah rindu pade twins nie. Lame gilak tak jumpe. Last jumpe pun raye hari tu. Maknenye dah sebulan lebih jugak lah tak jumpe.
 Pejam celik dah 7 bulan dah twins nie. Cepat betol. Raye hari tu jumpe baru nak bangun-bangun. Ahad hari tu jumpe dah merangkak dah. Kemain laju lagi si twins nie merangkak. Ayah saye panggil kura-kura berjalan. Jaat gilak!. Hahaha!.
Yang ini Mastura *si adik*. Kemain mesra dengan lelaki ini. Sape tu? Kenal keh? Hehehe. Nasiblah waktu kiteorang masuk rumah si twins nie tak menanges. Mak sedare cakap kalau si twins tak kenal orang si twins nie akan menanges. Nasib lah jumpe kiteorang hari tu tak nanges. Maknenye si twins nie kenal kite la kan? kan? Hehehe.
 Dah pandai dah melayan si kenit nie yek? Blajo-blajo la yek. Nanti senang. Oppsssss!
Tak puas rasenye jumpe hari tu. Tu pun ayah dah bising-bising nak balik. Dah penat lah kot. Pegi kenduri kawen sampai 2 rumah. Confirm kekenyangan kan? Takpelah. At least dapat jugak jumpe si twins nie. Rindu sangat-sangat. Next time jumpe nak belikan mainan. I'm promise dear. <3

LoVe ElyN =)

24 October 2011

Berdua Bersatu


Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

*Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

LoVe ElyN =)

20 October 2011

19.10.2011 - Selamat Hari Jadi My ♥

Assalamualaikum semua. Ehem! 19.10.11. Cantik tak tarikh tu? Cantik tak??? Sila cakap cantik okay! Hehehe. Semalam adalah hari yang bermakna buat saye. Sebab semalam adalah hari jadi Teman or Kekasih or Sayang or Cintaku yang ke- Teeeeeettttt!. *macam hari jadi aku pulak kan*. Hahaha. Hari ni baru dapat post sebab semalam tak online.

Entri kali nie KHAS buat si Dia, kesian tak pernah sambut besday sebelum kite bertemu. Dengan saye baru kamu sambut besday kan? Hehehe. Tahun lepas saye dah buat suprise untuk kamu. Tak sangka plan saye menjadi. Tahun nie plak sanggup saye mintak cuti nak spend time dengan kamu. 

Saye tahu kite masing-masing sibuk. Jumpe pun bersebab. Takde mase nak keluar dating sane dating sini. Kalau ade pun tiap hari rabu je lah pun. Hurm. Tapi kamu kene ingat, "Hanya Kamu di Hatiku". Tak boleh cakap lebih-lebih di sini. Malu. Hehehe. Bace dalam kad saje okay!. (^_^) 
Hadiah yang saye bagi tu takde lah mahal, Tapi cukuplah seikhlas hati saye. Tak sangka kamu suke. Kalau kamu suke, saye lagi lah suke. Hehehe.

Kami sempat berjalan di Ikea. Rasenye dah lame kot tak berjalan ke sini. Semalam baru kesampaian nak berjalan ke sini. Habis juling mate tengok barang-barang kat Ikea nie. Semua cantik-cantik. Mulalah berangan nak hias rumah sendiri nanti. hohoho!. 
Kalau dah sampai kat Ikea nie takkan lepaskan peluang makan Meatball nie. Dah lame tak makan Meatball. Dengan tamaknye saye mintak sampai 10 Meatball. Hahaha!.
Tengah berjalan terjumpe pulak lampu tido. Dah lame saye mintak kamu belikan lampu tido. Akhirnya dapat jugak. Yeay!.
Disebabkan semalam tak gaji lagi so saye pilih yang paling murah je. Tapi cute kan? Hehehe. Bile tutup lampu 1 bilik warne merah. Seram pun ade. Tak jadi nak bukak lampu tido malam semalam. Hehehe. 
Selamat Hari Kelahiran buat kamu Encik Apong (nama panggilan dengan kawan-kawan) Semoga kamu panjang umur, di murahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Dan yang paling penting. Semoga hubungan yang terjalin antara kita akan kekal hingga ke jinjang pelamin dan bersama selamanya. Amin :)

p/s : Hari ni hari jadi abang saye, sepupu saye dan anak die Farish!. Kebetulan 3 orang hari nie tau. Selamat hari jadi buat kamu semua. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin :D

LoVe ElyN =)

18 October 2011

Hopeful.

Assalamualaikum semua. Selamat tengah hari kawan-kawan. Macam ramai kawan sangat kan? Hehehe. Anggap je lah macam ramai. *sedapkan hati*. Hari ni rase lega sebab program semalam sudah selesai. Actually takde lah lega mane pun sebab hari ni saye setlekan kerja-kerja yang tertangguh ni dulu. 

Tak cukup rehat rasenye walaupun semalam diberi pelepasan balik awal. Tapi still rase macam tak cukup tido. Huhuhu. Jangan nak cakap saye kat rumah tido saje okay! Dah sampai rumah kemas-kemas bilik yang tak rupe bilik tu. Dah siap berkemas tergolek-golek atas katil taknak pulak mate nie pejam. Haish!

Esok saye apply cuti. Konon-konon nak rehat lah kan. Padahal ade plan lain. Hehehe. Tengok je lah nanti. Tak sabar nak tunggu esok.


Actually esok adalah hari yang sangat special buat saye. Saye harap tarikh yang jatuh pada hari ESOK akan lebih bermakna pada tahun-tahun berikutnye. Amin :)

LoVe ElyN =)

15 October 2011

Kite Kembali Berblog Semula. (^_^)

Assalamualaikum semua!!! Dah lame gilak tak hapdet belog kan? Kan? Nak dekat 2 minggu dah. Huhuhu. Ke mana hilangnya semangat saye nak hapdet belog nieyh? Sob sob sob. Maaflah kawan-kawan semua. Mayb sebab kerja saye sekarang nie mintak lebih tumpuan daripada duduk berceloteh dalam belog.

Sekarang nie kat Opis saye ade program Ihtifal Kesenian Islam KEMAS Peringkat Kebangsaan 2011 yang berlangsung pada 14 Oktober sehingga 17 Oktober 2011 di PKNS Shah Alam. So semua Negeri termasuk Sabah dan Sarawak datang membuat persembahan untuk bertanding antara Negeri-Negeri. 

Ade pelbagai acara dipertandingkan contohnya:-

1. Marhaban dan Berzanji
2. Pidato
3. Kompang Berformasi
4. Tilawah Al-Quran
5. Nasyid Wanita

Marilah datang beramai-ramai kite memeriahkan suasana di PKNS Shah Alam. Masih sempat lagi nie. *ecececeh, nak promote sikit* Hahaha!. Semalam, hari ini dan esok saye kene jage Opis dari pagi sampai malam. Penat gile rase seharian bekerja. Tapi esok pepagi saye nak tengok pertandingan Nasyid. Tak kire nak tengok jugak!. Huhuhu. 

Sebelum saye berakhir saye nak tunjuk pade uols video kat bawah nie. Dulu saye ade cerita Opis saye ade buat program Hari Potensi Kebangsaan 2011 kan? Saye saje nak berlagak sikit sebab program tersebut masuk dalam berita RTM1. Hohoho. Saye masuk TV okay!. Ehem!. Sila perhatikan betul-betul pada minit 1:06 hingga 1:08 tau! 


Haaaaaa! Sayelah tu yang tukang bagi hadiah kat Bos. Hahaha!. Jadilah kan sesaat dua. Daripada takde langsung. *poyo pulak rase* Hohoho. Ko ade? Ko ade? Hehehe. Okay lah. Ade story lagi saye tampal lagi dalam belog nie yek? 

Okeh Babai. =)

LoVe ElyN =)

05 October 2011

DOA.

Salam semua. Target kerja saye untuk hari nie dah selesai. Huraaaayyy! Kejap lagi tak tahu lah. Nanti ade je keje lain yang datang. Tak payah nak suke suke sangat ye!. Hahaha. *bajet macam banyak keje je.* Opsss! Tengah ade mase nie mule lah tangan gatal nak hapdet belog. Tapi tak tahu ape yang tulis hape. Bole saye tuju lagu? eh! Hohoho.

Lagu kat bawah nie mayb saye kene nyanyi time koir yang akan datang. Program itu nanti dibawah unit Bina Insan. So takkan nak nyanyi lagu rock pulak kan. So kene lah lagak sopan sikit. ehem!.


-Tersentuh sebenarnye kalau dengar betol-betol lagu nie. Insaf sekejap!.-

LoVe ElyN =)

04 October 2011

Selamat Hari Lahir Emak.

Salam semua. Hari nie bersamaan 04 Oktober 2011 genab 51 tahun Ibuku yang tersayang menyambut kelahirannya. Alhamdulliah. Planning saye, kakak dan abang berjalan lancar. Walaupun abang sampai lewat sikit.

Malam tadi kami adik beradik sambut hari jadinya beserta kek dan makanan ringkas yang dimasak sendiri oleh boypren saye. Hohoho. Terima kasih yea. Sudi masakkan Char Kuew Tiaw untuk family saye malam tadi. 

Sampai dirumah semua dah tido. Dari luar saye telifon kakak saye suruh bukakkan pintu. Then, kami membuat persiapan untuk sambut mak yang masih tido lagi tu. Hehehehe :D

First. Hadiah dari abang saye.

Second. Itu hadiah dari kakak saye. Die recycle balik kotak hantaran tunang die hari tu. Huhuhu.


  
Dan yang terakhir sekali, Saye. Lame saye simpan hadiah tu. Tunggu mase je nak bagi. Time raye hari tu, saye dengar mak cakap nak pakai gelang. Rase macam nak bagi time tu jugak. Tapi saye sabar. Sebab nak bagi kejutan time bufday die nanti.

 
Selama hari lahir emak. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, dan dipermudahkan segala urusan didunia dan diakhirat. Amin. InsyaAllah #nanges.

LoVe ElyN =)

Teater "The Secret Life Of Nora". Gile Best!

Salam semua. Sila tengok Teater ini yea uols!. Siyes!. Memang sangat meletopsss!. Haha. Maklumlah, orang baru nak merase tengok Teater kan. Tak penah-penah tengok Teater tibe-tibe dapat tengok sekali ape lagi. Jadi batak sekejap. 

Bertempat di Istana Budaya. Ahad lepas, selepas sibuk-sibuk dengan program, tup-tup budak rumah mesej. Ajak pegi tengok Teater. Sape taknak kan. Bukan selalu dapat pun. eh eh! Tak. Bukan senang dapat yea. Harap maklum. Hohoho.
Sesudah zohor kami gerak ke Istana Budaya. Bajet takut jalan jem so gerak awal-awal. Sampai-sampai pun dah nak pukul 3. Memang Teater nie start pukut 3 pun. Nasib lah tak lewat. *excited lebih sebab first time dapat tengok Teater* Haha!
"The Secret Life Of Nora".

Sebelom nak start Teater nie, saye tak terfikir pun berlakon Teater sampai sebegini. Ingatkan biase-biase saje. Upenye berbeza giler dengan dalam filem. Jangan gelak ok! Orang tak penah tengok kan. Untunglah orang ajak. Kalau tidak tak tahu la bile bole masuk sini.
Korang korangggg! Ni lah housemate saye. Percaye tak dah lame duduk same, tapi baru kali nie first time keluar same. Pelik kan? Hehe.

Tadaaaaaaaaaaaaa! Cukup kami ber4. 
dari kiri Kak Uda, Kak C, Kak Ojen dan Saye! :D
Teater Nora adalah sebuah muzikal yang berlatarkan tahun  60an. So cara cakap, gaya pakaian, solekan, rambut, bahasa buku, lagu-lagu, dan tarian semuanya berbeza dan seronok gile. Memang tak bosan LANGSUNG tengok Teater nie. Lagi-lagi Pelakon utama Tiara dan yang lain, sangat pandai melakonkan wataknya. Sampaikan semua orang bangun dan berikan tepukan. Pstt! saye suke Betty kawan a.k.a assnt kepada Nora. Gile cute!. 

Ramai gile orang. Ternyata sambutan Teater nie memang sangat memberangsangkan. Wahhh Gitewww! Hahaha.

Sebelom balik kami nak bergambar dulu. Tah bile la dapat tengok lagi. Huhuhu.


Pada sesiapa yang belom tahu, Teater The Secret Life of Nora bakal berlangsung dari September 29 hingga 16 oktober di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Tiket boleh dibeli secara online menerusi AirAsia RedTix.

Pementesan dari 29 September hingga 16 Oktober bertempat di Istana Budaya.
Muzikal fantastika penuh aksi dan debaran.

LoVe ElyN =)