02 June 2011

Best Sangat ke Drama Nora Elena tuuuu???

Assalamualaikum semua. Selamat petang. Dah nak balik baru nak update belog kan. Hehee. Seharian saye melayan cerita Nora Elena. Saye tak tengok pun cerita nie sebenarnye. Tapi ramai orang cakap best. Tu yang membuatkan saye nak jugak tengok cerita nie. *macam dah dekat je dengan name saye Nor Aleena. hehehe

Best Sangat ke Cerita Nora Elena tuuuu??? Jawapan saye.... Memang best. Patut lah orang-orang sibuk cakap pasal Nora Elena. Semalam dan kelmarin baru saye layan. Tu pun pukul 7.30. Sebelomnye saye tengok cerita Cinta Melody. Tak boleh nak tinggalkan cerita tu. So dari pukul 6.30 sampai lah pukul 8.00 saye akan mengadap tv tu.



Sinopsis Drama Nora Elena
Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

LoVe ElyN =)

4 comments:

saiazuan said...

hmm kna try tgk la cm ni

cik QT said...

best3...
and sweeetttttt~~ ;D

CintaZulaikha said...

citer nih sgt manis~~~

maslinda sharudin said...

love this drama !! best and lovely husband