19 August 2011

Sayu Mendengarkannya.~

Assalamualaikum semua. Selamat hari jumaat. Waaahhhhh! Kejap je sudah hari jumaatkan? Esok dan ahad cuti. Mane-mane yang belom shopping barang untuk raye nanti boleh lah serbu kat Jalan TAR tu. Hehehe. Saye pun belum beli lagi. Tengah tunggu bonus tak keluar-keluar lagi. Adeyh! T_T

Pagi tadi saye dengar ceramah yang dianjurkan oleh JAIS di Dewan MBSA. Penceramahnya dari Insonesia. Seorang yang hebat! Kecik-kecik je orangnya. Muda pun muda. Di sana, sedikit sebanyak dapat membuka mata saya untuk menjadi lebih baik. Insya-Allah. Manusia mudah lupa. Tidak lari dari melakukan kesilapan. Pelan-pelan kite berubah untuk menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang.

Dah nak dekat-dekat raya ni rase sedih pulak. Bulan ni yang mulia, kejap je kita dah nak meninggalkan Bulan Ramadhan ni kan? Banyak di corong-corong radio. Kawan sebelah-sebelah asyik pasang je lagu raya. Ade 1 lagu buat saye tersentuh. Bile dengar lagu tu saye rase sedih. Tak tahu lah kenapa. Tetibe touching. T__T 


Hayatilah lirik ni.
Aman Shah - Kepulangan Yang Di Nanti


Bergema suara takbir di angkasa
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa
Betapa hatimu terharu
Menyambut anakmu kembali

Terbayang senyuman di wajah nan sepi
Pulangnya anakmu di pagi yang murni
Kasihmu seharum kasturi
Melambai anakmu kembali

Dalam dakapan keheningan maya
Pertemuan yang menyentuh di jiwa
Sekian lamanya terpisah
Harapan kini menjadi nyata

Kiranya perpisahan terjadi lagi
Anakmu pergi mencurahkan bakti
Doamu teriring selalu
Semoga bertemu kembali

Pulanglah di hari raya
Begitulah harapan ayahanda


Pssst! Hargailah Ibu Bapa kite selagi masih berkesempatan ni.:D 

LoVe ElyN =)

No comments: