09 September 2011

Join Group Koir Untuk Program Karnival Usahawan Desa. -KUD-

Assalamualaikum semua. Selamat tengah hari. Salam jumaat. Cepat masa berlalu. Hari ni dah hari jumaat. Dah seminggu kite bekerja selepas bercuti raye. Hehehe. Esok dan luse cuti duduk je rumah. Sebab gaji saye dari bulan lepas pun tak dapat-dapat lagi. Grrrrrrr! =.='

Okay! Hari ni saye dapat surat untuk program KUD. *Saye join untuk group koir je*. Korang tau tak KUD tu ape? Alaaa, yang selalu keluar kat dalam tivi tu. Ape? Tak tahu jugak? Sah-sah korang tak tengok iklan kat tv tuh. Hehehe. Sape yang tak tengok lagi naaaaaaaaah! Ni iklan die.


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan menganjurkan Karnival Usahawan Desa (KUD) 2011 pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 21 hingga 25 September 2011 (Rabu-Ahad)
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya


Karnival Usahawan Desa (KUD) 2011 adalah bertemakan "PRODUK DESA CITARASA MALAYSIA" yang melibatkan penyertaan seramai 500 orang usahawan luar bandar dalam empat (4) kategori yang utama iaitu makanan/minuman, herba, kraftangan dan perkhidmatan. Pelbagai program menarik telah dirancang dalam penganjuran KUD 2011 seperti berikut:

a. Pameran dan jualan produk-produk berkualiti usahawan luar bandar;
b. Business matching;
c. Pameran jabatan/agensi KKLW (KEMAS, MARA, KEJORA, RISDA, FELCRA, KETENGAH, JAKOA, KESEDAR, KEDA, INFRA dan PPNP );
d. Pameran Kementerian/Jabatan/Agensi jemputan termasuk institusi kewangan;
e. Demonstrasi produk, demonstrasi permainan tradisional;
f. Demonstrasi masakan tradisional pelbagai negeri;
g. Persembahan kebudayaan;
h. Persembahan artis-artis jemputan;
i. Forum perdana;
j. Pameran teknologi & inovasi; dan
k. Auto show.

Dalam usaha menjayakan penganjuran karnival ini, YBhg. Datuk/ Dato'/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk berkunjung beramai-ramai ke tapak KUD 2011 sepanjang tempoh karnival ini berlangsung. Sukacita dimaklumkan bahawa, YAB Perdana Menteri Malaysia akan merasmikan KUD 2011 pada 22 September 2011 (Khamis).

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan KUD 2011, sila hubungi urus setia berikut:-

i. Encik Nurul Azuan bin Abdullah
No. Tel : 03-8947 3412
Emel : azuan@rurallink.gov.my

ii. Cik Salehah binti Md. Saad
No. Tel : 03-8947 3550
Emel : salehah@rurallink.gov.my




LoVe ElyN =)

1 comment:

Cik Gold said...

CC mona xjoin skali erk?hehe..
nice 2 know n meet u..with love from sarawak bumi kenyalang =)