15 November 2011

Selamat Pengantin Baru My beloved Sister! ♥

Assalamualaikum semua.

Hai Uols!. Rase macam dah lame tak hapdet belog nie. Dah bersawang-sawang dah! Nampak tak? Nampak tak? Hehe. Takpelah. Rase macam tak rajin nak hapdet. Mood nak menulis kejap datang kejap tak. Kalau saye rajin saye hapdet okay!

Ni nak bercerita pasal Wedding My Sister. Dah kawen dah die hoi!. Sedih plak rase hati nie. Yelah, Die lah tempat mengadu, bergaduh, bertekak, bercerita. Sekarang nie dah takde dah. Huhuhu. Sob sob sob. Nie lah rugi kalau adik beradik tak ramai. Kakak dah kawen terus takde kawan nak buat bantal pelok lagi dah. Huwaaaa! Sedih!.

My sis pilih tarikh menarik 11.11.11. Semua dah tau kan tarikh tu memang ramai sangat orang kawen. Alhamdulillah, Semuanye berjalan dengan lancar. Walaupun ade jugak kelam-kabutnye. Biaselah tu kan. Semuanya dapat diselesaikan. 

Malam sebelum nikah. Khamis malam jumaat. Kiteorang penat menunggu orang datang pakaikan inai sampai pukul 2.30 pagi. Sepupu pun menunggu sebab excited nak pakai inai. Memang sakit menahan mata. Tapi takpe. Kami semua sangat berpuas hati. Lagi-lagi inai bakal pengantin. Gile cantek. *Ni inai tangan saye, tangan pengantin lupe nak tangkap. Hehehe*
Gambar nie selepas majlis akad nikah. Para tetamu semua dah lepas makan baru dapat tangkap berdua dengan kakak. *ehem! kakak memang bantut sikit dari saye. Opssss!* 
Keesokan hari ade photoshoot pulak. Ade 3 baju persalinan kakak kene pakai untuk amik gambar. Dan 3 hari berturut-turut jugak lah muke kakak kene tepek bedak tebal. Hehehe. Gambar di atas nie salah 1 nye. 

Baju first Baju Minang. Harus ade baju minang sebab kami keturunan MINANG! Opsssss! #terbagitahupulak Second kakak pakai Baju Kelantan. Sebab #lakidia asal dari KELANTAN. Dan yang terakhir sekali BAJU DRESS. Actually kakak nak Baju Jepun. tapi baju jepun tu besar. Tak cantik orang badan cinonet nie pakai. Eh!. Dress pun dress lah. Baju nie yang paling cantik Okay!. Tak caye?? Okay. Nahh tengok full dress kat bawah nie.
Cantek kan? ermmm. okaylah. -.-"
Sorylah gambar kat atas tak berape nak jelas. Tangkap pakai camera handphone je pun. Gambar dalam cemera semua kat laptop kat umah. Tak teringat pulak nak amik untuk copy. Takpelah. Gambar nie pengantin dah selesai sanding. Sekarang makan beradap pulak. Lepas diorang makan sepupu-sepupu semua curik makanan kat meja pengantin letak kat meja kiteorang. Ayam Panggang + Udang Galah habis kiteorang bedal. hahahaha!

Dah lah, korang tatap jelah gambar kat bawah nie. Saye copy dari FB photographer kakak. Gambar yang selebihnye tunggu kakak yang upload sendiri. Hehe.
 

LoVe ElyN =)

4 comments:

Mila Ahmad said...

putih suci murni lawa sangat!

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

tahniah utk kakak cik elyn...wah tarikh cantik tu....:)

Life Is Beautiful said...

tahniah buat kakak elyn ^_^

cik Nemo said...

Lepas ni tunggu your turn pulak! :P