15 December 2011

#LaguTema Ombak Rindu - Touching "_"


Hafiz & Adira - Ombak Rindu

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

LoVe ElyN =)

09 December 2011

Mengidam Nak Makan Meatball. Ngeeee :D

Assalamualaikum semua. Dah lame tak hapdet belog. Kejap ade kejap takde. Dah macam biskut kan? Takpelah, walaupun kejap update kejap tak update, belog kesayangan nie akan still aktif macam selalu. Lagipun bukannye ade orang yang nak bace. #sentap hahaha #tetibe

Okaylah, Tadi kemain merayu-rayu mintak boypren belikan Meatball. Sebabnye dah teringin sangat nak makan. Maklumlah, dah lame tak melepakkan diri ke Ikea sane tu haaa. Kalau pergi Ikea tak sah kalau tak makan Meatball. *sape suruh ajar haku makan ni kan da terkenan!* eh! hahahaha.

Disebabkan hari nie hari kerja, so tak dapat lah nak pergi makan Meatball kat Ikea. Nasiblah Opis boypren dekat-dekat je dengan area situ, bolehlah singgah beli. Upenye Meatball tak boleh nak bungkus erk? Sian boypren susah payah cari tapawe nak bungkus. Huhuhu. Waaaaaaah! Terharu weeeeehhhhh! #nanges. Nanti bile-bile nak pergi lepak sane lah. Boleh cuci-cuci mata. Ngeeeee  :D

LoVe ElyN =)

01 December 2011

Ombak Rindu ♥

Assalamualaikum semua. Rata-rata ramai orang bercakap pasal Ombak Rindu. Dulu hanya cerita dari sebuah Novel. Sekarang dah buat Filem. Dah macam cerita Nora Elena la pulak kan? Bezanya Nora Elena dalam Drama. Kalau buat Filem mesti Box Office. Sebab ramai sangat yang suke tengok drama tu termasuklah saye. Memang memainkan perasaan wanita sekarang. Huhuhu.


Dulu zaman-zaman sekolah dah bace dah novel Ombak Rindu nie. Tapi dah lupe jalan cerita die. Hahaha. Sob sob sob. Tapi bile bace sinopsis Ombak Rindu baru ingat cerita die. Tu pun samar-samar. Hehehe. Kalau nak ingat balik kene bace semula la kan. Tapi novel nie memang letop!. Sangat best. Nie dah buat Filem mesti lagi letop kan? Lagi-lagi ade abang Aaron Aziz. #tetibe

Rase tak sabar pulak nak tengok cerita nie. Excitednye kemain!. *Macam ade muke haku je kat dalam filem tu kan* Hahaha. Bukan saye saje yang excited okeh!. Tu haaa. Kat FB semua post pasal Ombak Rindu. Dah demam Ombak Rindu melanda.

Sinopsis Filem Ombak Rindu.

Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudaranya sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya Taha, Mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa yang sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Si situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, (Lisa Surihani) Anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanah air mengugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakan rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenar?

Jom tengok Official Trailer Ombak Rindu.

Amacam? Best tak? *angkat-angkat kening*

LoVe ElyN =)