01 December 2011

Ombak Rindu ♥

Assalamualaikum semua. Rata-rata ramai orang bercakap pasal Ombak Rindu. Dulu hanya cerita dari sebuah Novel. Sekarang dah buat Filem. Dah macam cerita Nora Elena la pulak kan? Bezanya Nora Elena dalam Drama. Kalau buat Filem mesti Box Office. Sebab ramai sangat yang suke tengok drama tu termasuklah saye. Memang memainkan perasaan wanita sekarang. Huhuhu.


Dulu zaman-zaman sekolah dah bace dah novel Ombak Rindu nie. Tapi dah lupe jalan cerita die. Hahaha. Sob sob sob. Tapi bile bace sinopsis Ombak Rindu baru ingat cerita die. Tu pun samar-samar. Hehehe. Kalau nak ingat balik kene bace semula la kan. Tapi novel nie memang letop!. Sangat best. Nie dah buat Filem mesti lagi letop kan? Lagi-lagi ade abang Aaron Aziz. #tetibe

Rase tak sabar pulak nak tengok cerita nie. Excitednye kemain!. *Macam ade muke haku je kat dalam filem tu kan* Hahaha. Bukan saye saje yang excited okeh!. Tu haaa. Kat FB semua post pasal Ombak Rindu. Dah demam Ombak Rindu melanda.

Sinopsis Filem Ombak Rindu.

Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudaranya sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya Taha, Mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa yang sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Si situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, (Lisa Surihani) Anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanah air mengugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakan rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenar?

Jom tengok Official Trailer Ombak Rindu.

Amacam? Best tak? *angkat-angkat kening*

LoVe ElyN =)

2 comments:

Saiazuan said...

hmm dah lama x tgk crita melayu

CintaZulaikha said...

ciss..bila masa diri ini nak tgk nih..jelesss kut nih..huhu