26 January 2012

Tengok Cerita Ni Buat Aku Nak Gelak Guling-Guling :D

Assalamualaikum semua. Selamat petang. Hari ni sunyi je opis nie. Lagi-lagi time rehat macam nie. Still tak ramai orang kat opis. Ade lagi yang sambung cuti CNY sampai minggu depan kot. So mood nak buat kerja pun 50-50. Nak taknak kene lah settlekan jugak kerja. Dari takde kerja nanti meroyan plak kan? Haha

Semalam saye keluar tengok wayang. Tengah tak tahu nak tengok cerita apa tanyelah abang kat kaunter tu cerita ape yang best. Die cakap tengok lah cerita JOURNEY 2: The Mysterious Island. Best jugak cerita nie. So dengan tak fikir panjang beli je lah tiket cerita Journey 2 nie.


Tengok je poster Journey 2 kat belakang kaunter nampak gambar The Rock. Kalau The Rock berlakon mesti menarik cerita die. Tak salah, Memang Best! Bukan Best saje Best Gile. Penuh jugak lah 1 panggung yang tengok cerita nie. Tak menyesal ikut cakap abang kaunter tu. Hihihi.

Dari awal cerita sampai habis memang gelak sakan. Takde 1 since pun yang membosankan. Semua orang dalam panggung ketawa #pecahperot. Lagi-lagi orang kat sebelah. Kemain suke die tengok The Rock. Memang lawak die menjadi. *tengok orang badan tuft ingat tak bole buat lawak ke* pssssst! Part yang paling saye suke part yang baling buah ceri tu. Hahahaha!. Rase nak gelak guling-guling je kat situ. Gile lawak. Hahahahaha!.

Korang layan dulu trailer JOURNEY 2: The Mysterious Island




Sinopsis. Journey 2: The Mysterious Island.

Filem Journey 2: The Mysterious Island berkisarkan tentang pengembaraan ke alam penuh misteri dan fantasi. Segalanya bermula apabila seorang pemuda Sean Anderson (Josh Hutcherson) menerima satu kod isyarat aneh dari sebuah Pulau Misteri yang sepatutnya tidak wujud dalam peta. Melalui gambaran diterimanya, Pulau itu dihuni pelbagai makhluk aneh dan memiliki gunung emas, gunung berapi dan menyimpan seribu satu rahsia. Seriously tak tipu. Korang tengok lah cerita nie. Confirm takkan menyesal.  

Ia dibintangi The Rock atau Dwayne Johnson, Michael Caine, Josh Hutcherson dan Vannesa Hudgens.

LoVe ElyN =)

1 comment:

milasharmila said...

best eyh cite nie?? blum tgk lagi... hehe :)