27 February 2012

Terukir Di Bintang

Salam semua. Selamat pagi. Mood pagi nie berbunga-bunga. Tu yang datang-datang opis jek terus bukak lagu nie. Lagi pun ramai kawan-kawan kat FB post lagu Yuna nie di wall mereka. Sabtu lepas layan Walimatul urus Lisa & Yusri. Keluar plak lagu Yuna nie. Kemain! Memang best lah. *felling lelebih*

Ade 1 lagi video clip yang sweet! Tengok lah :)

LoVe ElyN =)

20 February 2012

Selamat Pengantin Baru Mokcik!

Assalamualaikum semua. Dah kawen da ex-room mate saye nie. Mane-mane yang tak tahu dulu saye ade tulis entri pasal die. Saye panggil die Cik Tikot. Sekarang dah tak boleh panggil Cik lah kan. Dah jadi Puan. Hehehe. 

Kemain jauh lagi nak pergi kenduri kawen die. Nasiblah si boypren cakap okay. Kalau idak tak tahu lah nak pergi ke sane macam mane. Dengan tak bergajinye lagi. Huhuhu. Lain kali kawan-kawan buat kenduri lepas dapat gaji okay. Senang orang jauh-jauh nak datang. Hohoho. 

Pepagi lagi kiteorang dah gerak ke Keratong. Alhamdulillah sempat sampai walaupun dah nak sanding. Nasiblah kiteorang sampai je pengantin lelaki pun sampai. Suke sangat tengok Puan Tikot. Time-time nie jugak lah rase macam nak kawen kan!


Sweetttt sangat! Tahniah ye mokcik. Semoga berbahagia bersama insan tersayang. Happy selalu. Jangan nak Krooohhh sangat yea Incik Pengantin Lelaki. Hohoho.

LoVe ElyN =)

Join Koir Jabatan Dah Macam Artis Sudah!. #bajetretis

Assalamualaikum semua. Kemain kan statement. kehkehkeh. Geli plak rase. Batak sedikit bile pagi semalam ade kakak Opis lain telifon saye. Elynnnnn, gambar kite keluar paper lah. Saye pun terkejut. Eh iye ke kak. Terus singgah station minyak pegi cari paper. Gile excited nak pegi beli. First time beli paper untuk diri sendiri kottt!

Tengok-tengok memang ade. Kemain besar lagi ye. Bukan gambar yang besar, badan saye yang gemok -.-" Tak payah cari okay. Buat-buat tak nampak je tau. Hehehe. Untung lah program RTC yang berlangsung di Gopeng, Perak berjalan dengan lancar walaupun hujan selepas kami ber'koir' teeeeettttt!

Dah dahh! Tak payah nak cari-cari. takdenye saye kat situ. Hihihihi. :D
Ahli Koir KEMAS 1 Malaysia.

Video lagu kat bawah nie salah 1 lagu masa persembahan koir hari sabtu lepas yang saye minat sangat. Dapat jugak nyanyi walaupun separuh sebab Perdana Menteri dah sampai time nyanyi lagu nie.



Sanisah Huri - Tari Tualang Tiga

Menyusun tari ala tari, sembah di beri
Cergas tangkas ala sayang, gerak dan geri
Menjunjung tinggi amboi tinggi, seni sejati
Pusaka asli ala asli, hai ibu pertiwi

Melenggang gaya ala gaya, gerak wanita
Dengan tari ala sayang, tualang tiga
Menjunjung tinggi amboi tinggi, seni budaya
Dikenang bangsa ala bangsa, oh sepanjang masa

Langkah serentak ala sajak, sama bergerak
Sigak gaya ala sayang, pendekar puteri
Bertepuk tangan amboi tangan, tanda berani
Tiada gentar ala sayang, hai membela diri

Menjunjung tinggi amboi tinggi, seni budaya


p/s : Agak-agak bile lagi show kite yek. *pengsan*

LoVe ElyN =)

15 February 2012

Trafic Jam Grrrrrrr!

Again! Again! N Again! Balik-balik Air Asia yang julung-julung kalinya buat promotion. Buat haku stress nak membooking. Haissshh! Kenapa lah saye pantang bile Air Asia buat promo. Padahal tengah-tengah tak bergaji lagi. Member pulak offer diri nak membayokan dahulu. Lagi lah saye bersemangat nak membooking. Hehehe.


Dari pagi tadi saye try tak boleh-boleh. Ade sekali tu saye try dah nak bayar tibe-tibe hang pulak. Grrrrrr! Benge je rase. Huh! Buat keje pun laju-laju. Hehehe. Kalau lah kat rumah ade internet takdelah jadi macam orang gile nak membooking macam nie. Huhu.



Balik-balik keluar Air Asia Waiting Room. Krrrooohhhh. Tido dulu lah. (=,=)


LoVe ElyN =)

14 February 2012

Ramai Orang Berkata - Cinta Lepas Berkahwin, Itu Yang Terbaik.

Walaupun kita cuba backup atau mengindahkan cinta sebelum kahwin dengan apa jua istilah dan tips sekalipun, walaupun mungkin kita bataskan banyak benda agar sampai tidak wujud zina hati, tapi kita kena ingat; Bila kita jatuh cinta dalam keadaan iman yang ampuh, kita senang terdedah pada penyakit hati dan tidak ramai antara kita yang imannya teguh.
Petikan hadis riwayat Bukhari & Muslim: "..Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.."

Saya menasihati diri saya dan sahabat2: "Walau bagaimana cara kita cuba mengindahkan cinta sebelum kahwin dengan kata2 indah, hakikatnya yang terindah tetap cinta selepas kahwin." 

Terbaiknya, jaga hati baik-baik sblm kahwin. Kita nak serahkan hati yang dalam keadaan baik murni pada pasangan kita selepas kahwin nanti. 

LoVe ElyN =)

13 February 2012

♥ MENJADI ISTERI PENUH PESONA ♥

Assalamualaikum semua. Hari nie saye takde mood sangat. Kat opis pun duduk je diam-diam kat tempat. Tadi tengok-tengok facebook tertarik dengan tajuk kat atas nie. Terus rase nak copy paste tampal dalam belog. Takpe lah kan? Walaupun belom berkahwin tapi tajuk di atas nie memberi kite pengetahuan kan? Sharing is caring  =)

Alangkah indahnya hidup suami isteri yang rukun aman damai lagi penuh kasih sayang. Penuh kemaafan dan saling manja-memanjakan satu sama lain. Namun ramai antara isteri-isteri sejak dulu hingga kini lebih suka mementingkan diri sendiri. Tersalah bicara sikit, tersentuh hatinya sedikit, terus-terusan berlagak diva. Nak jugak suami datang memujuk. Betul ke tindakan ini selaras dengan anjuran Rasulullah saw? Kadang-kala sampai seminggu tidak bertegur sapa. Bila masuk tidur, terus paling muka ke dinding. Ada apa istimewanya dinding yang keras itu sehingga setia merenungnya sampai berminggu-minggu. Penting sangatkah perasaan kita sehingga menidakkan hak suami terhadap empunya diri? 

Berapa ramaikah di antara isteri-isteri sejak dahulu dan kini memohon maaf terhadap suami sebelum masuk tidur setelah bermasam muka? Wahai isteri-isteri akhir zaman, reda dan padamkanlah api amarah dengan senyum manismu. Suburkanlah kasih-sayang yang kita cipta sendiri bersama-sama selama ini. 

Alangkah bahagianya dapat merenung wajah manis suami yang bertungkus-lumus dan bekerja keras untuk mendapatkan kita suatu ketika dahulu. Sebagai seorang lelaki, mereka juga ada rasa malu yang menebal terutamanya bila tiba masa nak mengurat. Walaupun malu, digagahkan juga semata-mata untuk memiliki diri kita. 

Belum lagi cerita bab masa nak berjumpa ibu bapa kita dan ipar duai. Berdebar-debar sudah tentu. Mana tak berdebar, buatnya tak diterimanya dia. Tak ke malu? Malu seh! Itupun ditebalkan juga muka mengadap ibu bapa kita. Dialog? Tak payah cakaplah, mesti tak tidur malam memikirkan ayat-ayat yang nak diatur sebagai pemula bicara. “Makcik…. saya sukakan anak makcik…. kalau boleh saya nak berkahwin dengan dia.” Rasa-rasa…. Senang ke? Kalau saya sebagai perempuan ni, tak sanggup nak pikul tanggungjawab tu. Betullah lelaki ni hero segala-galanya pada perempuan! Bila lelaki dah bercakap macam tu pada ibu bapa, kita rasa sangat-sangat dihargai. Ibu bapa kita pun berbunga-bunga hati untuk menerima orang baru dalam keluarga.

Bila dah berkahwin, suami kita jadi lain macam excitednya. Rasa kita ni betul-betul di bawah jagaan dia. Kalau dulu, dia pun di bawah jagaan ibu bapa dia, sekarang dia pulak yang nak menjaga anak orang, perempuan pulak tu…. Hish! Kena jaga betul-betul ni! Jalan berpimpin, takut jatuh. Makan bersuap takut tak kenyang pulak anak dara orang ni. Tidur bertepuk takut tak lena. Bak kata orang diselimuti kita dengan penuh kasih sayang. Semuanya diuruskan dengan baik agar anak orang ni rasa bahagia. Itulah istimewanya menjadi isteri kepada seorang suami yang bertanggungjawab. Itu tanggungjawab suami. 

Tanggungjawab kita sebagai isteri? Sedihnya ramai yang lupa tanggungjawab diri sendiri terhadap suami. Hanya tahu membebankan dan menyesakkan fikiran suami dengan segala macam permintaan yang tiada kesudahannya walaupun hampir tiba masa dua tiang dipacakkan ke tanah. Nauzubillah…..

Itu belum lagi bercerita tentang mulut-mulut power sang isteri. Suami yang bekerja keras setiap hari agar anak-anak dan isteri dapat makan setiap hari, dihamburkan pula dengan kata-kata yang menyakitkan hati. Sudahlah seharian berpenat-lelah, di rumah pula mendengar leteran si isteri yang bermulut muncung. Belum lagi yang sentiasa melihat keburukan suami tanpa menoleh seketika melihat kasih-sayangnya pada kita.

Ramai juga para isteri di zaman ini yang menidakkan pemberian suami selama ini. Sabda Rasulullah saw kepada isteri-isteri sebegini:

“Neraka diperlihatkan kepadaku, dan aku sama sekali belum pernah melihat pemandangan pada hari ini yang lebih mengerikan dari neraka. Dan kudapati sebahagian besar penghuninya adalah para wanita, kerana mereka kufur terhadap pemberian suami mereka. Jika kamu berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama setahun penuh, kemudian ia melihat sesuatu pada diri kalian, ia akan berkata, ‘Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan darimu’.” Muttafaqun ‘alaih.

Aduh! Aduh! Isteri-isteri zaman sekarang! Insaflah! Syurga kita terletak pada redha suami. Tenangkanlah sanubarinya dengan kelembutan, kesopanan dan keprihatinan kita. Sematkanlah sentuhan penuh kasih sayang kita di jiwanya agar hidupnya tidak keruan tanpa kita. Suburkanlah roh Islam di dalam rumahtangga yang sama-sama kita cipta dalam mencari erti bahagia sementara di sini ke arah menuju sejahtera di sana yang kekal selamanya.

Saidatina Aisyah ra pernah berkata, “Wahai kaum wanita, seandainya kalian mengetahui hak-hak suami atas diri kalian, nescaya salah seorang dari kalian akan mengusap debu dari kedua kaki suaminya dengan pipinya.” HR Ibnu Majah, Shahih At-Targhib wa At- Tarhib.

Begitulah besarnya hak dan kedudukan suami dalam hidup kita seharian. Sebagai seorang isteri, kita perlu sentiasa berfikiran terbuka dan sedaya-upaya cuba mencambahkan minda serta mencari jalan untuk membahagiakan hati suami dan berkejar-kejar untuk mendapatkan keredhaanya.

Persoalannya, apakah hak-hak suami terhadap kita selaku isterinya? Jarang kita bertanya pada diri sendiri tentang keperluan suami pada diri kita. Apakah yang dia dambakan daripada kita sebagai isteri yang masih setia bersamanya? Mungkin di sini boleh saya gariskan beberapa tips atau hak seorang suami yang diperlukan daripada diri kita sebagai isteri. 

PERTAMA: 
TAATLAH DIRINYA DALAM PERKARA KEBAIKAN!
Taat dalam kebaikan ini bermaksud kita taat dalam perkara yang suami suka dan benci. Seandainya suami kurang gemar kita bercampur gaul dengan rakan-rakan wanita di rumah, maka taatlah dan berusaha meletakkan jurang dalam pergaulan dengan memberikan pelbagai alasan. Jadi ketepikan dahulu selera dan citarasa kita semata-mata agar suami bahagia.

Begitu juga dengan soal berpakaian. Tanya dahulu pendapat suami tentang pakaian yang akan kita pakai seharian sama ada di rumah mahupun di luar. Seandainya suami tidak redha walaupun pakaian tersebut merupakan kegemaran atau kebanggaan, tolaklah ketepi. Seandainya kita telah mengenakan pakaian tersebut, kuatkanlah semangat untuk menanggalkannya demi suami. 

Lakukanlah semata-mata kerananya demi syurga yang kita kejar.

KEDUA:
BERSABAR!
Tatkala marah, tenangkan suami dengan kata-kata lembut, senyum dan merendah diri. Setidak-tidaknya diamkan diri dahulu, berikan peluang dia meluahkan perasaannya. Tidak salah meminta maaf walaupun

Cuba sedaya-upaya tidak ambil serius kata-kata yang mengguris perasaan kita. Buangkan jauh-jauh bisikan syaitan yang cuba menyemarakkan api kemarahan suami isteri. Makhluk yang dilaknat itu memang suka andai kita suami isteri berpecah-belah. Padamkanlah amarahmu dengan zikir. Tidak salah melawak dan tersenyum-senyum kambing sambil memeluk tari dengan suami. Lama-kelamaan marahnya akan reda.

Tanamkan dalam diri bahawa walaupun berselisih pendapat dan tidak sehaluan dalam sesetengah perkara, kita tidak akan membiarkan masalah itu berlarutan. Cuba bertekad bahawa seminit selepas pertikaian berlaku, kita akan menggenggam erat tangan suami dan berusaha mengembalikan denyutan jantung yang berdegup kencang tadi kepada helaan nafas satu per satu yang tenang. Akhirnya kita berdua akan merasai bahagianya bersama-sama.

KETIGA:
BIJAK KENDALIKAN KONFLIK
Tips utama adalah rahsiakan perselisihanyang berlaku. Kita yang mencipta masalah, kita jugalah yang perlu menyelesaikannya dengan bijak. Kita yang mendirikan rumahtangga ini, kita lah yang akan memastikan ianya terus kekal hingga ke syurga. Bentengkan diri dengan ilmu dan fikiran yang waras. Elakkan campurtangan ibu, mak mertua, ipar duai dan seumpamanya. Pekakkan telinga dengan pendapat yang mungkin akan memisahkan kita dengan suami. Perhatikan dalam-dalam bola mata suami, insyallah kita akan ketemu bahagia di sana. Dialah orang yang kita cintai ketika lafaz akad meniti manis dari bibirnya dahulu.

Kedua, lihat kelemahan diri sendiri dahulu sebelum tangan menundingkannya ke arah suami kita. Perlu dijngat bahawa suami adalah pemimpin, dan dia tahu peranannya sungguhpun tidak diluahkan dengan kata-katan. Pokok utama rumahtangga adalah iman kepada Rabb dengan penyerahan sepenuhnya. Walau segunung konflik yang melanda sekalipun, andai ada tawakkal yang penuh kepada Allah, nescaya hilanglah semua itu bagai angin lalu.

Ketiga, tenang, perlahan-lahan dan bijaksana ketika timbul sebarang konflik. Cuba jangan buat sebarang keputusan secara mendadak atau mengikut perasaan atau dengan kata kasarnya membabi buta. Berikan masa untuk masing-masing mengoreksi diri, buang ketepi kelemahan pasangan dan carigali serta angkat kehebatannya sebagai pasangan kita. Lama-kelamaan perasaan benci akan lenyap dan lahir sayang yang berpanjangan demi mencari keredhaan suami dan Allah.

-- Credit kepada penulis yang tidak dapat dijejak :) 

LoVe ElyN =)

10 February 2012

60 Perkara Lebih Mujarab Daripada I love U

Assalamualaikum semua. Salam jumaat. Hari nie mood hati berbunge-bunge. Tak tahu kenapa. Mayb sebab berminat dengan tajuk Majalah Intrend keluaran Bulan Februari ini sampai bace berkali-kali. Dah bace kat rumah pun still bawa lagi Majalah nie pegi Opis. Petang karang nak mengedate dan bace Majalah nie bersama-sama dengan si boypren.

Actually tiap-tiap bulan house mate saye bawak Majalah Intrend sebab die penulis dalam Majalah nie. Dalam banyak-banyak Majalah bulan nie yang saye bace berulang kali. Sampai die pandang saye pelik. Tergelak-gelak bile membaca pasal tajuk nie. 

Bile terbace kite membayangkan, hati pun berbunge-bunge kan? Hehehe. Ade perkara yang tertulis kat dalam nie ade persamaan yang saye pernah lakukan bersama dengan dia. Bile terbaca part tu mula lah teringat bibit-bibit cinta. ecececeh! Hahaha. *pengsan*

 Ini antara 1 contoh yang saye baru buat semalam. Gigih saye buat sampai semua orang kat Unit nie saye kacau. Hehehe. Maklum lah. PC saye link printer yang takde colour. So nak print kenelah cari printer yang berwarna. Bising diorang saye kacau. Hihihi. *lawak pulak bile fikir balik*
Saye buat 2 frame gambar. 1 gambar duduk berdua. 1 lagi gambar dari belakang. Ingatkan die akan pilih gambar pandang dari belakang. Kot lah kan die malu kene bahan dengan abang-abang Opis die. Rupenye saye silap. Die cakap nak gambar yang ini lah. (gambar duduk berdua) sebab nampak muke kite. Saye pun errkkk??? Hokey. Hehehe. *malu*

Saye letak kat sebelah kanan saye.
Die pulak letak di sebelah kiri.
*Malunyerrrrrrr* (^_^)

Psssssst! Kantoi meja kamu bersepah yekkk! Sile berkemas wahai Incik Boypren!!

LoVe ElyN =)

09 February 2012

Mengedit Gambar ♥


Tak tahu mane 1 die suke. Nanti lah die pilih sendiri. Nak suruh die letak kat atas meja kat Opis die. Hehehehe. *mesti die segan semua abang-abang opis die bahan*. Hihihihi :P

Hokey dak? Hmmmm. Hokey lah kan. Buat sendiri jek. Bukan kreatif sangat pun. :)
Frame nie beli kat Ikea. Hari tu saje jalan-jalan makan meatball kat sane.

LoVe ElyN =)

08 February 2012

#WW13 WORDLESS WEDNESDAY - Dating Zaman Remaja


LoVe ElyN =)

Sesampai Opis Pagi Nie.........

Assalamualaikum semua. Setelah lame bercuti, hari nie baru start keje rase macam malas sangat. Pagi tadi pun bangun rase liat benar. Mata pun sepet je. Bertambah pula rase macam nak demam. Hidung nie asyik meleleh je air + garam. Haihhhhh!. Masin! Eh!

Hari nie saye ade persembahan koir di PWTC semperna Majlis Penyampaian Bayaran Khas buat Bekas Anggota KEMAS. So permulaan majlis ade lah nyanyi-nyanyi sikit. Ingatkan lagu tema saje. Upenye ade lagu tambahan. Huh? Petang nie nak start programnya pagi nie baru dapat tahu. Nasiblah lagu-lagu nie dah biase nyanyi time koir-koir lepas. *kesat peluh*


Hope hari nie tak nebes sangat hokey!
LoVe ElyN =)

03 February 2012

Sekian Lama Menunggu. Alhamdulillah.

Salam semua. Salam jumaat. Penghujung segala hari. Rase macam dah lame tak hapdet belog. Minggu nie bz dengan kerja sendiri kononnya. Tak boleh nak hapdet belog. Bukan taknak tapi maklumlah. Online pun gune pc orang. Kadang-kadang tu malas nak cari port nak online so buat-buat je bz.

So hari ini tak payah nak tumpang-tumpang meja orang dah. Boleh online sesuka hati kat tempat sendiri. Sebabnye dah ade internet. Yeay! *rase nak lompat-lompat je* Hihihi. Tapi yang penting kerja mesti selesai okay! Baru ikut suke online sampai pukul berape pun. Kemain lame menunggu. Dari start kerja sampai hari nie baru ade internet. Bukan takde internet tak boleh buat keje. Tapi kalau takde internet rase bosan lah. Dok je tercongok tak tahu nak buat ape. Huhuhu

*Gambar sekadar hiasan*
Muke dah banyak jerawat timbul. Menchik! (>_<)

LoVe ElyN =)