07 March 2012

Kuew Tiaw Kungfu Tip Top. Walawehhhh !!!

Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Dah sarapan? Saye dah sarapan dah tadi. Pepagi lagi dah makan bihun goreng tomyam. Kemain kan? Sebab kat atas opis saye nie famous gerai masakan panas. So kalau tak bihun goreng tomyam, nasi putih dan tomyam campur. Kalau tak pun nasi goreng kampung, nasi goreng ayam goreng kunyit. Sup-sup. Mewah kau makan sarapan pagi kat sini. Lunch nanti dah tak rase nak makan sebab makan pagi kenyangnye sampai ke petang. Petang kang menggelupur cari sumber makanan sebab dah lapar balik. Heeeeeeee :D

Waktu mula-mula start keje kat sini pelik jugak lah. Sarapan macam makan tengah hari je kan? Tapi tu lah yang sedap. Mane yang mula-mula keje tu memamg lah tak biase. Pepagi dah makan tomyam. Tahan ke perut tu pepagi dah makan pedas? Slow-slow okay. Lelame nanti mesti dah biase punye.

Kalau kat Opis saye nie, Kakak-kakak Opis paling gemar makan Kuew Tiaw Kungfu. Bukan sorang dua, Ramai lah jugak. Sebab awe nie buat memang tip top!. Sampaikan incik boypren pun gigih datang nak makan kat sini. 


*see! banyak hantu die kan? ehhhh! lauk die. Hehehe*


Kelmarin cerita kat mak kuew tiaw kungfu die sedap. Dan-dan mak cakap petang esok balik boleh tapaukan. Ngaaaaa. Terdiam sekejap. Okay mak. No prob. So semalam tapaukan lah untuk mak. Saje beli lebih boleh kakak dan abang ipar rase. Semua cakap sedap. Makan sampai licin kau. Hehehe. Gembira pulak saye tengok.

LoVe ElyN =)

No comments: