29 June 2011

#WW1 WORDLESS WEDNESDAY - Transformers!


LoVe ElyN =)

Kelebihan Berpuasa Di Bulan Rejab.


Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya.

*Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

*Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

*Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotol mustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapatmelihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahiAllah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab,dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahima.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barang siapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:

"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Kudan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiran Ku dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jikadisertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di TitiSirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungandan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.


*Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.


LoVe ElyN =)

28 June 2011

Entri Bergambar : Tenangkan Fikiran, Lapangkan Dada Mengadap Pantai. Senang hati~

Assalamualaikum semua. Selamat petang. Dari pagi sampai ke tengah hari ni kat opis ade meeting. So macam-macam ragam orang yang datang. Ade yang okay. Ade jugak yang suke buat muke. Menyampah pulak tengok. 

Laaa ni baru teringat nak bercerita yang sudah hampir basi ini. Time ni saye dan boypren pergi kenduri kawen kawan opis die. Isterinya pula ex budak rumah saye dulu. Hohoho!. Kenduri berlangsung di Sabak Bernam. Kiteorang convoi 7 biji kereta. Perjalanan kiteorang berjalan lancar dan selamat. 

Lepas dari kenduri kawen, si boypren pun ajak lepak kat pantai. Pantai ape lagi yang laluan sini kan kalau bukan Pantai Remis! Saye pun OKAY jek. Hihihihi. Memang tenang di sini melihat laut.....


Hirup udara yang nyaman....


 Curik kulit kerang tu nak bawak balik. Hehehe!


 Muke bangga dapat curik kulit kerang! #banggekeh?


Orang tengah cakap die amik gambar. Cenggitu la rupenye. Adeyh! -.-'



Lihat Pemandangan yang cantek di tepi pantai.


hye! Itu Saya bile sudah di zoom dekat. Hohoho!


Die driver saye ke mana pun saye mau pegi. #boletakcakapmacamtu?



I N You, You N Me !



Kantoi kamu tak cuci kereta sebelom pegi Ouh!. Alasan Ujan. Huhuhu.



Otw nak balik kite makan kerang dulu. Tadi dapat kulit kerang aje. Mane bole. Hehehe. *cakap macam makan kerang jek. Maap saye tak suke kerang!



Okey! Kamu makan sorang. Saye tolong kopekkan aje. (^_^)

LoVe ElyN =)

27 June 2011

Lagu Gile!


Ade jugak lagu macam ni kan. Hehehe. Lawak-lawak!



Hello... Selamat Berkenalan. Hohoho! *tetibe



LoVe ElyN =)

Pameran-Pameran Pengantin Nie Semua Murah Ke...??

Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Semoga hari nie lebih baik dari semalam. Pagi-pagi lagi dah tengok belog sendiri. Alohhh. Suramnye rase. Orang lain hari cuti masing-masing update belog. Kite nie je yang tak update-update. Huh!. *maklum la. berok dah kene potong. Hehehe.

Jumaat lepas saye cakap hari sabtu nak duduk je rumah. Masak spageti la bagai. Huhuhu. Tak dan. Tu lah. Tak semua yang di rancang menjadi kan? Hehehe. Sabtu lepas saye dan family pergi ke Pameran Pengantin. Tak puas-puas kan Cik ElyN kite nie pegi Pameran Pengantin. Tapi tak gak kawennye. Agagaga! 

Dulu pegi Pameran Penganting kat SACC MALL. Sabtu lepas pegi pulak kat Pameran Pengantin Medan Mara Kuala Lumpur yang berlangsung pada 23 June - 26 June 2011. Kali nie tempat die kecik sikit berbanding kat SACC MALL hari tu. Besar. Luas dan selesa. Kat KL tu panas semua ada. 

*gambar dari Google. Tak amik gambar pong~! Huh!

Konon ke sana nak cari kad kawen untuk Majlis kawen kakak saye nanti. Jumpe tu memang lah jumpe. Tapi saye confius. Betol ke pameran-pameran ni semua pakej die murah-murah? Saye takde la plak servey kat kedai-kedai. 

Ade jugak Kakak opis saye cakap hari tu. Bukan semuanye murah. Kene pandai tengok jugak. Ade banyak jugak pakej-pakej yang disediakan. Dan bajunya pun cantik-cantik. *mula lah nak berangan. Hihihi.

*alangkah indahnye majlis ku nanti....... eh! *tutup muka.

LoVe ElyN =)

24 June 2011

Cinta Melody Dah Habis. Next Nak Layan Ape Pulak Erk Petang-Petang??

Assalamualaikum semua. Selamat petang jumaat. Kejap je dah hari jumaat kan. Esok plak dah cuti. Yeshhh! Huhuhu. Petang nie tak balik umah mak. Sebabnye malam nanti nak tengok Maharaja Lawak final. Sape taknak tengok kan. Hehehe.

Saye balik umah mak hari sabtu je nanti. Lepas tu, ingat nak duduk di rumah senyap-senyap lah. Malas nak keluar. Nak masak Spageti. Blup!.

cinta melody


Okeh, berbalik pada tajuk. Semalam last cerita Cinta Melody. Saye dengan housemate pun dengan excited la tengok. Cerita nie memang best. Sape-sape yang layan memang akan suke. Dengan perwatakan dalam cerita ni. Dengan pelakon die. Same-same cantek dan hansome okay!. 

Tapi kenapa saye rase sedih erkk? Mayb ending dalam cerita ini mereka tak bersama kot. Tak semua cerita berakhir dengan Happy Ending kan. Tapi okay la. Die bahagia jugak dengan life die. *apesal haku nak emo plak? Ini hanya cerita kan? Haha!


http://3.bp.blogspot.com/-5OSWZ0JY4SY/TcP4JXCApFI/AAAAAAAA30I/Jd5lGF2oM4M/s400/Cinta%2BMelody%2BPoster.jpg


Cerita Cinta Melody dah habis so nak layan ape plak? Ape kate kite teruskan rutin dengan exercise je petang-petang. Best jugak kan. Hehehe.


LoVe ElyN =)

22 June 2011

Cik ElyN Mandi Sungai Dan BerBBQ Bersama Family Semperna Father's Day!

Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Dari semalam saye try masuk kan gambar. Tapi disebabkan line internet ni lembab sampai susah saye nak upload gambar. Pagi nie saye sambung balik upload. Nasib baik line pagi nie elok sikit.

Sebelom saye bizikan diri dan sebelom cerita nie dah basi untuk di cerita, meh saye nak story dulu. Pada hari ahad lepas kite semua sambut Father's Day kan. So saye pun buat la planning. Dan di sokong oleh si boypren untuk menjayakan lagi planning saye nie. Hahaha! Gile besar punye planning. *besar la sangat kan.

Planning saye akhirnye menjadi. Kite sambut Father's Day dengan berBBQ dan mandi Sungai Congkak. Gile best. *Haku memang suke BBQ-BBQ nie. 


Step pertama untuk BBQ nie memang menguji kesabaran saye. Nak idupkan api nie punye lah lame. Naik geram jugak la kot. Dah la time nie saye gado dengan semua orang sebab pilih tempat yang tak berape nak best untuk di mandi. Sampai boypren pun kene marah. Opssss!


Mak saye lah yang paling bersemangat sekali. Konon-konon nak cari port lain. Die pulak dah nak bakar arang. So nak tak nak kene lah ikutkan jugak.


Dah nampak dah tu api diaaaa. Saye memang suke time-time macam nie. Bile dah nampak je ade api saye lagi letak minyak banyak-banyak. Hehehe!.


Bersemangat masing-masing mengipas. Perut pun dah berbunyi kelaparan. Huhu


Ini orang kuat idupkan api. Ehem!


Mak dan Ayah makan dulu kenyang-kenyang. Lepas nie turn Mak dan Ayah pulak okay!


Si Gemok di situ yea. Oppssss! *adeyh! bile la haku nak kurus nie. ahahaha!


Mak dan Kakak saye. Mereka pun kene bakar jugak okay. Mane aci kiteorang je kan. Hehehe. 


Tu dia yang kita cari. Api yang sedang marak. Yeay!

Bile dah marak bole lah kite start panggang memanggang. hik!


Yeshhhhh! Ayam yang telah siap di panggang. Menarik kan?


Aikkkk. Tak kan tengok je kotttt!

Ehem! Masa untuk makan =)


See........ Air die tak menarik kan. Cetek gila. Pasal nie la saye gado dengan semua orang. Huhuhu.


Bile dah siap panggang baru lah Ayah dengan Mak mandi. Sejuk gile. Lagi-lagi time tu plak hujan. Terpakse lah berteduh. Pastu baru mandi semula. Huhuhu.

Lepas mandi kiteorang bersiap-siap nak balik. OTW balik Ayah nampak kolam air panas. Dan tu jugak suruh singgah. Katanya nak rendam kaki. Hehehe.



Tercapai hajat die. Kiteorang pun singgah. Kalau korang nak tau. Otw balik dari Sungai Congkak ade 1 kolam air panas. Kolam air panas nie cume untuk rendam kaki je Okey! Bukan rendam badan sekali tau.


Panas gilak weh!. Mulanya saye taknak rendam. Sebab tak tahan panas sangat. Pastu di pakse dengan boypren, slow-slow saye masukkan kaki. Bile dah masukkan kaki dah tak rase panasnye lagi dah. Okay la, layan jugak :)



Selepas dari itu kami pun pulang. Boypren cakap sampai terlelap die drive. Sebab tengok kiteorang sume dah lena di buai mimpi. Die je tak tido. Huhuhu. Sian kamu. 

LoVe ElyN =)

21 June 2011

Nak Berangan Kejap.

Alangkah seronoknye kalau rumah masa depan saye macam nie.
Duduk je rumah tak keluar-keluar.
Hehehe.
Kelmarin tunjuk gambar ni kat ayah. 
Sampai 2x die pandang.
Hahaha! 


Simple but Nice. Grrrrrr!
*Berangan je lah~

LoVe ElyN =)

20 June 2011

Kene Psycho Habis 1 Opis Meleleh Air Mata. Huhu!

Assalamualaikum semua. Selamat Petang. Orang semua dah nak balik saye baru nak update belog. Memang kesian kan. Dari pagi sampai lah ke petang menunggu gambar tak di upload-upload, so saye amik keputusan copy gambar yang sedia ada saja okay!.

Ape yang terjadi pada hari jumaat lepas adalah sambutan majlis perpisahan kakak opis saye. Ni kali ke-3 dah nie. Mereka-mereka itu pergi meninggalkan kiteorang di KEMAS Negeri Selangor ini. Ish ish. sob sob.

Yang pertama saye kene tinggal dengan CIK TIKOT akhir bulan 4 hari tu. Keduanya pula dengan SKUTER PINK akhir bulan 5. N sekarang pulak dengan Kak Nurrafliana a.k.a Nora fliana *pengsan. Sejak cerita Nora Elena jadi hangat. Semua nak jadi Nora Elena. Termasuklah haku. Opppsss!


Perjumpaan pagi tu berjalan dengan lancar sampai la turn Kak Nur bagi ucapan. 
Sikit sikit die mula memperingatkan kembali kenangan semua orang. Sorang demi sorang~~~


Jangan cakap perempuan je yang meleleh air mata okay!. Tengok tu Bos bos kite orang. Sedih jugak tau. 


Lelaki pun ade menangis okey! Sila percaya. ehehe!

Lepas yang diraikan memberi ucapan, Pengarah pula membarikan ucapan. Then, baru majlis penyampaian hadiah! Suke suke suke!!


Hadiah dari unit Pentadbiran!


Hadiah dari unit Kewangan!


Hadiah dari unit Operasi.

Lepas nie jangan psycho-psycho orang tau. Tak baek buat orang tua menangis. Hehehehe. *Alasan


LoVe ElyN =)

17 June 2011

Pagi Jumaat Yang Menyedihkan.




Satu opis kene psycho dengan seseorang sampai menangis tersedu-sedu dibuatnya.
Cerita seterusnya kemudian okay!.
Gambar diorang tak upload lagi.


LoVe ElyN =)

16 June 2011

KL Gangster Memang The Best! Lagi-Lagi Ade Abg Aaron Aziz. Opssss!



Dah tengok trailer? Best bukan? Ke haku je yang lambat tengok cerita nie? Haha. Biase lah. Kalau nak tengok cerita baru kene tunggu sampai hari rabu baru boleh tengok. Saye dah tengok da semalam. Bukan takat best je. Betol-betol ho liaw lah.

Kalau tidak takkan lah sampai Box Office. Baru beberape hari dah berjuta-juta. Nak tengok pun kene book awal-awal. Kalau beli time tu jangan harap la nak dapat. Mesti full punye. Kalau ade pun duduk lah kat seat A tu. Rase macam nak terkeluar dah biji mata. Hehehehe.



Cerita nie best sebab abang Aaron Aziz sangat cool. Gile handsome. Oppssss!
*eh gitu. hahaha~


LoVe ElyN =)

15 June 2011

Dapat Jumpe Dalam Kereta Pun Jadi Lah. Lepas Geram! :D

Assalamualaikum semua. Bosan time rehat macam nie mula la hati rindu merindukan. Ape kene lah dengan Cik Elyn. Tau lah tak puas jumpe dengan si kecil nie sampai terindu-rindu macam nie. Huhuhu. 

Ahad lepas ingat nak menghabiskan mase dengan 2 budak kecik ini. Call-call makngah, die cakap die pegi kenduri kawen kat area Pantai Dalam. Kebetulan time telifon tu memang saye dan family pegi kenduri kat Pantai Dalam. So lepas makan-makan kiteorang pun tunggu la diorang. 

Dalam hati cakap nak jugak ayah nie sanggup menunggu layan kiteorang nak tengok baby. Hehehe. Tah-tah die pun dah mule suke kottt! Hihihi. Tunggu punye tunggu akhirnya dapat juga jumpe. Yeay!


Hye! Nama saye Maisarah. 


Nama Saye pula Mastura!

Tapi sayang sekali. Dapat jumpe diorang time diorang tengah tido. Tak dapat nak main lebih-lebih. Takpe. Tunggu next week yea. Kalau dapat jumpe kome Tashu cubit-cubit pipi kome. Hehehe!

LoVe ElyN =)

14 June 2011

Cik Elyn Pergi Kenduri Kawen. Kali Ni Lain Siket Sebab Ade Air Pancur!. *Eh Ye ke?

Salam semua. Selamat tengah hari. Pepagi lagi dah bukak tonton sebab nak tengok Nora Elena part yang semalam punye. Hehehe. Semalam tak dapat tengok sangat. Sebab time tu la nak tengok Cinta Melody. Time tu jugak la nak tengok Nora Elena. Iklan je terus tukar siaran.

Okeh, berbalik pada tajuk. Sabtu lepas saye ikut family saye pegi kenduri kawen di Spanish Villa Resorts Home Senawang, Negeri Sembilan. Woww! Best kenduri kawen kat sini. Jom tengok ape yang menarik!.


Kenyangkan perot dulu baru kite bergambar!



Tak banyak kenduri kawen ade buat show cenggini kan. Best dengar. Lagi-lagi port kiteorang makan berhadapan dengan mereka nie. So layan~



Bersebelahan tempat kiteorang makan pula ade swimming pool! Nasib baik takde orang mandi kalau tak dah ku terjun. Opsss!



My Family. Yeay!



Ehem! Ade seseorang yang sesat yea di situ. 



Di perkahwinan itu juga ada menyediakan cendol. Yang ni pun berdekatan dengan port kiteorang. Memang tamak lah kan. Hehehe.



Haaa. Ape tu wehhh!. Di berhadapan pelamin ade air pancur. Memang sangat cantek pemandangannya kan.



Okeh, Zoom dekat siket!



See... Cantek kan. Simple but Nice. So sweeeeettt!



Oraittt! Dah kenyang jom balik. Dah panas dah nie.

Psssttt! agak-agak ade tak orang nak sponser saye wat majlis macam nie nanti? *opsss! tutup mulut!

LoVe ElyN =)