20 July 2011

Trip To Bukittinggi, Indonesia (PART 2) ♥

Salam semua. Hari ni kurang sehat. Dari semalam sampai ke hari ni perut asyik memulas je. Kene keracunan makanan keh? Adeyh! Dah penat nak pergi jumpe Mrs Tan dari tadi. Terus sehari dua ni jadi BFF. #tetibe. Jom kite sambung balik cerita. Nanti-nanti takut takde mase pulak nak sambung cerita. Macam-macam hal pulak karang.

Hari Ketiga

Memandangkan semalam berjalan tak cukup masa, so kiteorang keluar pagi jugak. Ingatkan nak keluar awal-awal. Tapi ade pulak tetamu yang datang. So terpakselah duduk melayan dulu. Lepas dari tu baru lah keluar.



Kali ni kami keluar sendiri. Tuan rumah sibuk. So tak dapat nak temankan kiteorang shopping. Kami tunggu Kijang (Teksi) kat jalan depan rumah. Ade lah dalam 10-15 minit baru lah nampak Kijang (Teksi). Kami naik dari rumah pergi ke tempat yang seterusnya. Aur kuning kiteorang tak pergi lagi dah. Kali ni kami pergi kat Pasar Atas, Bukittinggi. Kat sane pun ada pelbagai jenis barang. Semua yang kite nak beli boleh dapatkan di sana. Lagi-lagi Baju-baju T-shirt, Kemeja, Blouse, Kasut, Cadar-cadar, Barang-barang dapur, Periuk-periuk, Doorgift, semua ade. Dah nama pun pasar kan. Dan yang paling penting kat sane murah. Boleh tawar menawar. Kalau pandai cakap boleh dapat separuh dari harga yang diberi tau!

Ni lah namanye Kijang. Kat sini destinasi terakhir kalau naik Kijang. Kalau kat Malaysia macam kat Central Market lah lebih kurang.


Kat sini kami bergerak dari Pasar Bawah ke Pasar Atas. Start sini dah ramai orang menjual. Tak sampai atas lagi. Rambang mata wehhhhh!


Okay! Kat sini baru boleh shopping. Ni pun tak sampai atas lagi tau. Baru separuh jalan. Huhuhu.


Makanan yang paling famous di Bukittinggi ni Nasi Kapau lah! Nasi putih dan lauk buffet. Orang tu ambilkan. Kite cume cakap je kite nak lauk ape. Macam nasi lauk kampung lah jugak.

Bile dah sampai Pasar Atas kiteorang lepak kat sini pulak. Dah lepak nak buat ape lagikan. Posing lah manjang. Kat sini dah macam kat Dataran. Ramai sangat orang. Tempat ini di beri nama Jam Gadang!

Mak saye dan Umi (mak sedara) pun nak bergambar jugak kan. Tengah lepak Umi suruh naik Kereta Kuda. Besh Besh!

Comelkan? Tak pernah nampak kuda diperbuat seperti ni. Huhuhu


Taknak lepaskan peluang. Kiteorang pun nak try naik jugak. Die bawak pusing-pusing Bukittinggi. Dalam 3km jugak lah jauhnya. Tambangnya pun tak mahal sangat. Dalam RM50,000 je.

Dalam perjalanan nampak banyak pemandangan yang menarik. Bentuk bangunan Minangkabau menarik pandangan saye.
 

Kat sini ade diberi 2 pilihan. 1 nyer korang boleh lalu Pasar Bawah naik ke Pasar atas. 1 lagi boleh naik saje tangga sampai lah ke atas. Kat sini macam short cut lah jugak. Korang tau berapa bilangan tangga yang ade kat sini? Hehe. Kat sini ade 144 tangga. Tak tinggi sangat. Tapi semput jugak la kot kalau naik!

Cuaca pada hari itu pun hujan renyai-renyai. Boleh di katakan setiap petang lah hujan. Tapi Alhamdulillah, sampai jugak ke rumah naik Kijang. Huhuhu.

Bersambung!

LoVe ElyN =)

5 comments:

KimiCnoL said...

seronoknya bercuti :D

jom skodeng??hehe ;D

Anonymous said...

naik keter kuda RM50,000.00...??? weyy, RM ke Rp weyyy..??????

Cik Elyn said...

KimiCnoL : sangat! ;)

Cik Elyn said...

wahahahahahaaha. kalo rm50,000 bole beli Myvi sebijik cash!. hik! :P

aziman omar said...

Salam,
Entry yang menarik!! Nak berkongsi dengan semua pembaca…
Saya ada menyediakan ground pakej ke Padang Bukittinggi Indonesia dengan harga yang menarik.Kepada anda yang baru pertama kali nak melancong,kami sarankan anda guna kan khidmat kami.Semua urusan dilakukan di Malaysia dan ianya lebih selamat,murah dan meyakinkan.
Pelbagai pakej ke Padang Bukittinggi untuk anda. Kami akan guide anda dari anda menjejakkan kaki ke bumi Padang sehinggalah anda meninggalkan bumi Minang.
Hubungi saya ditalian 0126665436 (call/sms/whatsapp) Atau email saya di: aziman68@gmail.com
Sebarang pertanyaan akan kami layan.
Atau boleh juga ke Blog kami untuk pelbagai info tentang Padang Bukittinggi:

http://freelancetour.blogspot.com/