25 August 2011

Bila ego menguasai diri.


Salah satu dari kelemahan manusia adalah ketidakmampuannya menguasai diri menyebabkan manusia sering tidak mampu mengawal perasaan. 

LoVe ElyN =)

21 July 2011

Trip To Bukittinggi, Indonesia (PART 3) ♥ - AKHIR

Assalamualaikum semua. Hari ni saye nak habiskan cerita nie terus. Sebab esok dah takde mase nak update-update belog lagi. Esok pagi-pagi lagi dah kene pegi KL, Ade pemilihan peserta group Kior!. Bile lagi kite nak menSUMBANGkan suara nie kan. Hahaha!

Hari Keempat

Tak puas hari kedua dan ketiga kami shopping sambung lagi pada hari keempat. Ini hari yang terakhir yang ade untuk kami shopping. Esok pagi-pagi dah balik. Flight pukul 8.30 pagi. So kesempatan yang terakhir kita gunakan dengan sebaik mungkin.

Disebabkan semalam tak puas berjalan di Pasar Atas Bukittinggi, hari ni kite pergi lagi sekali. Semalam ade barang yang sudah disenaraikan belom jumpe lagi sebab asyik dok tawar menawar dengan orang sane terus tak sempat nak beli yang lainnya.

Antara barang yang belom dibeli lagi adalah :-

1.   Barang-barang Doorgift untuk majlis kawen kakak saye nanti
2.   Ole-Ole untuk kawan-kawan. 
3.   Beg tambahan
4.   Pengukus
5.   Baju T-shirt 
6.   Minyak angin 

Masa yang diberi sampai jam 12 tengah hari je. Lepas dari sini Tuan rumah nak bawak kiteorang pegi jalan-jalan tempat yang menarik. Ape lagi. Kelam-kabut dibuatnya. Dah la pagi tadi gerak lambat siket sebab singgah rumah kawan-kawan dan sedara-mara Ayah. Nasib lah semuanya berjalan dengan lancar. Benda yang dicari pun jumpe.

Perjalanan dari rumah ke rumah. Hehehe

Barang first yang dicari untuk hari ni. Pengukus. Haha!

Tunggu dengan sabar. Diorang dah habis shopping saye dengan family je yang tak habis-habis. Hehehe. Maklum lah first time datang sini kan. Mereka tu dah kali ke 2. So tak heran sangat.

Sampai lagi sekali kat tempat nie. Hahaha!

 Di sebabkan line telifon kat sane tak berape nak bagos, so kiteorang plan awal-awal dengan Tuan rumah tu. Berkumpul kat sini. Sebab die nak bawak kiteorang melintasi bukit-bukit. Excitednyer!

Seperjalanan kami  menikmati pemandangan sawah padi, bukit-bukau, gunung-ganung. Sangat cantek. Keadaan jalan yang bengkang-bengkok memeningkan kepala saye. 

Tadaaaaa! Dah sampai! Gile cantek pemandangan kat sini. Dah la tinggi. Sejuk pulak tu. Bestnyer... Rase nak pergi lagi!

Cantek kan?

Zoom lagi dekat.

Ade kucing tersesat!!! Ke orang bela kucing kat sini?

Cukup kami berenam!

Mak dan Ayah pun nak bergambar jugak. Lepas dari sini kami ke tempat lain pulak. Dah name pun ade driver kan. Kiteorang follow je.

Di sini terdapat pemandangan yang menarik. Nama tempat ni Pondok Flora. Kami singgah makan di sini dahulu.


Kat kedai makan nie ade seekor burung. Sangat jinak Burung hantu nie. Takut-takut saye nak pegang. Huhuhu. Lepas makan kami pun meneruskan perjalanan ke................. Istana Pagar Ruyung.

Dah sampaiiii! Sangat terpesona bile sampai sini. Suke tengok bentuk bangunan nie.

Harus bergambar dulu buat kenang-kenangan.

Dalam Rumah minangkabau tu takde pape pun lagi. Baru nak upgrade sebab terbakar dulu.

Yang ni bersebelahan dengan rumah minang tadi. Tempat nie memang besar. Time ni tak ramai sangat orang. So boleh la lompat cenggini. Kalau tidak jangan harap. Hik!

Dah puas di sana kiteorang pun kembali ke pangkal jalan. Perjalanan agak jauh jugak lah. Dari tengah hari sampai lewat petang jugak la mase pegi dan balik. Sebelom sampai rumah kite beli kerepek dulu. Bawak balik untuk makan-makan kat opis nanti.

Semua orang shopping. Termasuklah Ayah saye nie. Hehehe.

Kemain lagi Umi dan Ayah nie.

Saye pun shopping jugaaaaaakkk!

Destinasi terakhir sebelum sampai rumah. Kite singgah makan Sate Minang dulu. Kalau nak tau. Satey ni paling sedap yang saye penah makan. Kalau kat Malaysia saye tak makan pun Satey Minang sebab banyak perot dari isi.

Dah kenyang kami berangkat pulang. Malam terakhir di Bukittinggi. Habis 1 ruang tamu rumah tu barang kiteorang je. Dah siap packing-packing barang baru lah boleh tido. Tido pun kejap je pukul 3 dah di kejut suruh bangun. Takut lewat sampai Airport.

Dah sampai di Airport Padang. Banyak gilak barang kami kan? Hehehe. Penatnye tak payah cakap lah. Dah la tak muat kereta. Terpaksalah balik rumah naik bas dari LCCT. Huhuhu. Kesian.

Gambar selebihnya ada di FACEBOOK

Ohhhhkay! Dah habis dah. Mau pulang...
Daaa korang (^_^)

LoVe ElyN =)

20 July 2011

Trip To Bukittinggi, Indonesia (PART 2) ♥

Salam semua. Hari ni kurang sehat. Dari semalam sampai ke hari ni perut asyik memulas je. Kene keracunan makanan keh? Adeyh! Dah penat nak pergi jumpe Mrs Tan dari tadi. Terus sehari dua ni jadi BFF. #tetibe. Jom kite sambung balik cerita. Nanti-nanti takut takde mase pulak nak sambung cerita. Macam-macam hal pulak karang.

Hari Ketiga

Memandangkan semalam berjalan tak cukup masa, so kiteorang keluar pagi jugak. Ingatkan nak keluar awal-awal. Tapi ade pulak tetamu yang datang. So terpakselah duduk melayan dulu. Lepas dari tu baru lah keluar.



Kali ni kami keluar sendiri. Tuan rumah sibuk. So tak dapat nak temankan kiteorang shopping. Kami tunggu Kijang (Teksi) kat jalan depan rumah. Ade lah dalam 10-15 minit baru lah nampak Kijang (Teksi). Kami naik dari rumah pergi ke tempat yang seterusnya. Aur kuning kiteorang tak pergi lagi dah. Kali ni kami pergi kat Pasar Atas, Bukittinggi. Kat sane pun ada pelbagai jenis barang. Semua yang kite nak beli boleh dapatkan di sana. Lagi-lagi Baju-baju T-shirt, Kemeja, Blouse, Kasut, Cadar-cadar, Barang-barang dapur, Periuk-periuk, Doorgift, semua ade. Dah nama pun pasar kan. Dan yang paling penting kat sane murah. Boleh tawar menawar. Kalau pandai cakap boleh dapat separuh dari harga yang diberi tau!

Ni lah namanye Kijang. Kat sini destinasi terakhir kalau naik Kijang. Kalau kat Malaysia macam kat Central Market lah lebih kurang.


Kat sini kami bergerak dari Pasar Bawah ke Pasar Atas. Start sini dah ramai orang menjual. Tak sampai atas lagi. Rambang mata wehhhhh!


Okay! Kat sini baru boleh shopping. Ni pun tak sampai atas lagi tau. Baru separuh jalan. Huhuhu.


Makanan yang paling famous di Bukittinggi ni Nasi Kapau lah! Nasi putih dan lauk buffet. Orang tu ambilkan. Kite cume cakap je kite nak lauk ape. Macam nasi lauk kampung lah jugak.

Bile dah sampai Pasar Atas kiteorang lepak kat sini pulak. Dah lepak nak buat ape lagikan. Posing lah manjang. Kat sini dah macam kat Dataran. Ramai sangat orang. Tempat ini di beri nama Jam Gadang!

Mak saye dan Umi (mak sedara) pun nak bergambar jugak kan. Tengah lepak Umi suruh naik Kereta Kuda. Besh Besh!

Comelkan? Tak pernah nampak kuda diperbuat seperti ni. Huhuhu


Taknak lepaskan peluang. Kiteorang pun nak try naik jugak. Die bawak pusing-pusing Bukittinggi. Dalam 3km jugak lah jauhnya. Tambangnya pun tak mahal sangat. Dalam RM50,000 je.

Dalam perjalanan nampak banyak pemandangan yang menarik. Bentuk bangunan Minangkabau menarik pandangan saye.
 

Kat sini ade diberi 2 pilihan. 1 nyer korang boleh lalu Pasar Bawah naik ke Pasar atas. 1 lagi boleh naik saje tangga sampai lah ke atas. Kat sini macam short cut lah jugak. Korang tau berapa bilangan tangga yang ade kat sini? Hehe. Kat sini ade 144 tangga. Tak tinggi sangat. Tapi semput jugak la kot kalau naik!

Cuaca pada hari itu pun hujan renyai-renyai. Boleh di katakan setiap petang lah hujan. Tapi Alhamdulillah, sampai jugak ke rumah naik Kijang. Huhuhu.

Bersambung!

LoVe ElyN =)